Dimaklumkan bahawa MPC akan mengadakan Pengauditan Persijilan Persekitaran Berkualiti (5S) pada 11 Ogos 2016. Tentatif program adalah seperti berikut:
8.30 pagi - Juruaudit bertolak dari NB Tower ke SPCT
9.15 pagi - Jangkaan ketibaan Juruaudit ke SPCT
9.20 pagi - Perbincangan antara Jawatankuasa Induk 5S dan Juruaudit di Bilik Mesyuarat Selat Utara
9.45 pagi - Pengauditan kawasan di Zon A, B, C dan D
10.30 pagi - Jawatankuasa Induk 5S SPPP dan Juruaudit bertolak ke NB Tower
11.00 pagi - Pembukaan Mesyuarat
Audit Dokumentasi
Audit kawasan Zon E, F dan G
Penutup mesyuarat dan pemakluman keputusan
1.00 tgh - Makan tengahari
Selesai
Sehubungan itu semua ketua Zon diminta memastikan keadaan tempat kerja pegawai dan kakitangan dibawah zon seliaan tuan/puan berada didalam keadaan yang kemas dan teratur. Ketua-ketua Zon juga diminta memastikan semua ahli zon dimaklumkan mengenai pengauditan 5S ini. Ketua-ketua Zon dan Ahli Jawatankuasa Induk 5S adalah dipohon hadir semasa sesi pengauditan dan mesyuarat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan