Jumaat, 27 November 2015

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE KEBANGSAAN 2015

SPPP telah menyertai Konvensyen Team Excellent 2015 peringkat kebangsaan pada 2-4 November 2015 di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC).

Tahniah kepada Kumpulan KIK (
POLARIS)  mendapat Anugerah Emas (3 Bintang) dan Anugerah Emas (2 Bintang) kepada Kumpulan 5S (T&T) yang mewakili SPPP ke konvensyen tersebut. 



Jumaat, 4 September 2015

Kursus Pengenalan Green 5S ke Arah Penjagaan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Tenaga di SPPP



Kursus Pengenalan Green 5S ke Arah Penjagaan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Tenaga di SPPP telah diadakan pada 3 September 2015.

Kursus pengenalan kepada amalan Green 5S dijalankan bagi membantu pegawai dan kakitangan memahami dengan lebih mendalam agar Green 5S dapat dilaksanakan. Green 5S ini dapat meningkatkan kualiti kerja, persekitaran kerja, serta semangat berpasukan dalam melakukan pekerjaan. 





LATIHAN PENGUNGSIAN DI SPCT DAN BANGUNAN PEJ PPSB

Unit Kepolisan Pelabuhan, Kebombaan & Keselamatan SPPP telah bekerjasama dengan Penang Port Sdn Bhd mengadakan latihan pengungsian bangunan dan kebakaran pada 1 September 2015.

Latihan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang bagaimana tatacara pengungsian bangunan bagi memastikan setiap pegawai, kakitangan dan penghuni yang berada dalam bangunan SPCT mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.







Latihan ini telah dilaksanakan secara serentak di bangunan Swettenham Pier Cruise Terminal dan bangunan Ibupejabat Penang Port Sdn Bhd dengan melibatkan situasi bencana gempa bumi dan kebakaran.

ANUGERAH EMAS - KONVENSYEN TEAM EXCELLENT MPC WILAYAH UTARA 2015

SPPP telah menyertai Konvensyen Team Excellent 2015 peringkat wilayah Utara pada 19 - 20 Ogos 2015 di Pulau Langkawi.

1 Kumpulan KIK dan 1 Kumpulan 5S telah mewakili SPPP ke konvensyen tersebut. Kumpulan POLARIS mewakili SPPP dalam kategori KIK dan Kumpulan T&T mewakili SPPP dalam kategori 5S. Kedua-dua kumpulan telah memenangi Anugerah Emas di Konvensyen tersebut.

 
 





Khamis, 25 Jun 2015

TAHNIAH!!!! PENSIJILAN SEMULA 5S MPC



Sukacita dimaklumkan SPPP telah menerima persijilan 5S dari MPC di mana tempoh sahnya adalah mulai 15 Mei 2015 hingga 14 Mei 2016. Bagi persijilan pada kali ini SPPP telah memperolehi markah sebanyak 91.5%. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan 5S di SPPP. Adalah diharapkan amalan budaya 5S akan dilaksanakan secara berterusan.

Khamis, 28 Mei 2015

Lawatan Universiti Utara Malaysia ke SPPP

SPPP telah menerima lawatan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 26 Mei 2015 (Selasa).

Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman dari SPPP yang telah mendapat pesijilan 5S.







Audit Persijilan Semula 5S daripada MPC


Pengauditan bagi persijilan semula 5S telah diadakan pada 15 Mei 2015 (Jumaat) di Pejabat SPPP dan juga Pejabat SPPP di NB Tower.







Rabu, 13 Mei 2015

Audit Persijilan Semula 5S daripada MPC



http://3.bp.blogspot.com/_BYOBSUXC1PQ/TPRkZm-FjiI/AAAAAAAAAhI/xNrShKUEuZc/s400/5S-certification.PNG
Dimaklumkan Audit Persijilan Semula 5S daripada MPC akan diadakan pada 15 Mei 2015 (Jumaat) seperti berikut:

08:00 pagi - 10:00 pagi          - Pejabat SPPP di NB Tower
10:00 pagi - 12:00 tengahari   - Pejabat SPPP di SPCT

Sehubungan dengan itu, semua pegawai dan kakitangan SPPP diminta memastikan tempat kerja berada dalam keadaan kemas serta tersusun dan segala teguran pra audit telah diambil tindakan.

Tuan/Puan juga adalah diminta berada di workstation masing-masing sepanjang tempoh pengauditan bagi memudahkan kerja-kerja pengauditan.


SESI PRA AUDIT PENSIJILAN SEMULA 5S SPPP


Sesi Pra Audit Pensijilan Semula 5S SPPP telah diadakan pada 5 Mei 2015 di pejabat SPPP di NB Tower dan SPCT. Pra Audit ini telah dijalankan oleh Encik Josffa bin Ismail daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia.





Khamis, 23 April 2015

Isnin, 20 April 2015

KURSUS LEAN MANAGEMENT

Jawatankuasa Latihan telah mengadakan satu Kursus Lean Management yang telah diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15 & 16 April 2015
Masa: 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat: Selat Selatan, SPCT
Penceramah: Encik Josffa Halim, MPC








Isnin, 6 April 2015

LAWATAN KE MAJLIS DAERAH BALING

SPPP telah mengadakan lawatan benchmarking ke Majlis Daerah Baling pada 2 April 2015.

Lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari pihak MAMPU di Majlis Daerah Baling, Kedah.













AUDIT DALAM 5S SPPP BIL 2/2019

TARIKH TEMPAT AUDIT   2 JULAI 2019 (SELASA)   ZON A, B, C ,D & JAWATANKUASA PEMANDU (PEJABAT SPPP, SPCT) ...