Jumaat, 4 September 2015

Kursus Pengenalan Green 5S ke Arah Penjagaan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Tenaga di SPPP



Kursus Pengenalan Green 5S ke Arah Penjagaan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Tenaga di SPPP telah diadakan pada 3 September 2015.

Kursus pengenalan kepada amalan Green 5S dijalankan bagi membantu pegawai dan kakitangan memahami dengan lebih mendalam agar Green 5S dapat dilaksanakan. Green 5S ini dapat meningkatkan kualiti kerja, persekitaran kerja, serta semangat berpasukan dalam melakukan pekerjaan. 





LATIHAN PENGUNGSIAN DI SPCT DAN BANGUNAN PEJ PPSB

Unit Kepolisan Pelabuhan, Kebombaan & Keselamatan SPPP telah bekerjasama dengan Penang Port Sdn Bhd mengadakan latihan pengungsian bangunan dan kebakaran pada 1 September 2015.

Latihan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang bagaimana tatacara pengungsian bangunan bagi memastikan setiap pegawai, kakitangan dan penghuni yang berada dalam bangunan SPCT mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.







Latihan ini telah dilaksanakan secara serentak di bangunan Swettenham Pier Cruise Terminal dan bangunan Ibupejabat Penang Port Sdn Bhd dengan melibatkan situasi bencana gempa bumi dan kebakaran.

ANUGERAH EMAS - KONVENSYEN TEAM EXCELLENT MPC WILAYAH UTARA 2015

SPPP telah menyertai Konvensyen Team Excellent 2015 peringkat wilayah Utara pada 19 - 20 Ogos 2015 di Pulau Langkawi.

1 Kumpulan KIK dan 1 Kumpulan 5S telah mewakili SPPP ke konvensyen tersebut. Kumpulan POLARIS mewakili SPPP dalam kategori KIK dan Kumpulan T&T mewakili SPPP dalam kategori 5S. Kedua-dua kumpulan telah memenangi Anugerah Emas di Konvensyen tersebut.

 
 





AUDIT DALAM 5S SPPP BIL 2/2019

TARIKH TEMPAT AUDIT   2 JULAI 2019 (SELASA)   ZON A, B, C ,D & JAWATANKUASA PEMANDU (PEJABAT SPPP, SPCT) ...