Rabu, 17 Januari 2024

PERSIJILAN SEMULA 5S SPPP 17 OKTOBER 2023 SEHINGGA 16 OKTOBER 2024


 Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah menerima persijilan 5S dari MPC di mana tempoh sahnya adalah mulai 17 Oktober 2023 hingga 16 Oktober 2024. Bagi persijilan pada kali ini SPPP telah memperolehi markah sebanyak 94%. 

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan pelaksanaan 5S di SPPP. Justeru diharapkan amalan budaya 5S akan terus dijadikan budaya dan diamalkan secara berterusan.

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS JAWATANKUASA EKSA INASIS MAS DAN TNB, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG PADA 26 OKTOBER 2023




LAWATAN KERJA PENANDA ARAS JAWATANKUASA EKSA INASIS MAS DAN TNB, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG 

26 OKTOBER 2023-Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah menerima Lawatan Kerja Penanda Aras Jawatankuasa EKSA INASIS MAS dan TNB, Universiti Utara Malaysia pada hari ini 26 Oktober 2023 bertempat di Pejabat SPPP, SPCT. 

Lawatan ini diketuai oleh Encik Muhammad Fauzi bin Che Leh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu 5S di SPPP manakala delegasi pelawat diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah selaku Penaung EKSA INASIS dan TNB, Universiti Utara Malaysia. 

Lawatan ini memfokuskan mengenai perkongsian maklumat dan buah fikiran daripada SPPP sebagai inspirasi dan aspirasi untuk melakukan penambahbaikan dalam perlaksanaan EKSA di INASIS.
___________ 

AUDIT PERSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG 17 OKTOBER 2023




AUDIT PERSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG

17 OKTOBER 2023- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah menjalani proses Audit Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) pada hari ini, 17 Oktober 2023 bertempat di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).
Proses Pengauditan telah dilaksanakan oleh pihak Malaysia Productive Corporation (MPC) yang diwakili oleh Encik Abdul Malek Mohamad Aripin dan Cik Sarah Afiqah Kamaruzaman.
Tujuan utama audit ini adalah bagi memantau pelaksanaan 5S di SPPP. Hasil pengauditan tersebut mendapati bahawa SPPP telah melaksanakan semua aspek-aspek dalam pensijilan tersebut dengan baik dan SPPP telah berjaya memperolehi Pensijilan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) bagi tahun 2023.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024

  MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024 17 Januari 2024 :Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu 5S SPPP Bil. 1/2024  telah diadakan d B...