LAWATAN KERJA PENANDA ARAS JAWATANKUASA EKSA INASIS MAS DAN TNB, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
26 OKTOBER 2023-Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah menerima Lawatan Kerja Penanda Aras Jawatankuasa EKSA INASIS MAS dan TNB, Universiti Utara Malaysia pada hari ini 26 Oktober 2023 bertempat di Pejabat SPPP, SPCT.
Lawatan ini diketuai oleh Encik Muhammad Fauzi bin Che Leh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu 5S di SPPP manakala delegasi pelawat diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah selaku Penaung EKSA INASIS dan TNB, Universiti Utara Malaysia.
Lawatan ini memfokuskan mengenai perkongsian maklumat dan buah fikiran daripada SPPP sebagai inspirasi dan aspirasi untuk melakukan penambahbaikan dalam perlaksanaan EKSA di INASIS.
___________
Tiada ulasan:
Catat Ulasan