SUDUT KESIHATAN

BERSENAM DAN JAGA PEMAKANAN UNTUK TURUNKAN BODY FAT







 


INFO KESIHATAN MEI 2016


INFO KESIHATAN MAC 2015




INFO KESIHATAN FEBRUARI 2015

Kesihatan GIGI




 

 

INFO KESIHATAN JANUARI 2015

Kesihatan Mental
merupakan komponen
utama kesihatan;
bagaimana anda berasa,
berfikir dan bertindak
terhadap sesuatu situasi
seperti penyakit.

Kesihatan Mental
berkait rapat dengan kesihatan
fizikal yang boleh memberi kesan
negatif dan begitu juga
sebaliknya.

Klik link ini.. 

INFO KESIHATAN DISEMBER 2014


INFO KESIHATAN NOVEMBER 2014

INFO KESIHATAN OKTOBER 2014

INFO KESIHATAN SEPTEMBER 2014












INFO KESIHATAN OGOS 2014

 

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. - Bernama

INFO KESIHATAN JULAI 2014

Petua Mengatasi Masalah Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga


Keletihan yang diakibatkan oleh kesibukan kerja sehari-hari memang sangat mengganggu konsentrasi dan prestasi kerja. Sehingga kadangkala terbawa-bawa sehingga pulang ke rumah. Makanan dan vitamin yang sesuai adalah petua bagi mengatasi masalah ini.  Masalah keletihan, penat dan kurang bertenaga ini boleh menjadi kronik dan meningkatkan risiko serangan penyakit.
Terdapat banyak cara untuk melenyapkan rasa penat atau letih dengan cara yang baik. Misalnya melalui makanan dan vitamin yang bagi menambah tenaga.

4 Jenis Makanan yang Dapat Mengurangkan Rasa Letih:

1) Oatmeal.
oatmeal heart 400x400 150x150 Petua Mengatasi Masalah Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga
Oatmeal atau mil oat dianggap sebagai makanan super kerana kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Atas sebab itu, banyak amalan perubatan dan nutritionist yang menggalakkan pesakit diabetes mengambil oatmeal, terutama bagi membantu menjaga kadar gula darah supaya berada pada paras normal. Kerana keperluan kandungan serat yang tinggi ini penting bagi pesakit diabetes, Alfalfa juga boleh diambil sebagai pilihan selain makanan yang berserat tinggi lain.

Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal yang menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrient yang signifikan dan secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan.

2) Yogurt.
images 150x150 Petua Mengatasi Masalah Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga
Teksturnya yang lembut, membuatkan yogurt dapat diproses dengan cepat oleh tubuh menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik- bacteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bacteria berbahaya.
Kajian terbaru Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.

3) Bayam.
spinach 400x400 150x150 Petua Mengatasi Masalah Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga
Bayam penuh dengan kandungan nutrient penting yang membantu melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium. Zat besi memainkan peranan secara langsung dan penting dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental serta anemia.

4) Kekacang dan biji-bijian.
nuts 400x400 150x150 Petua Mengatasi Masalah Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga
Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.




  INFO KESIHATAN JUN 2014

Pejabat Anda, Lapangan Senaman Peribadi Anda


Pejabat anda, lapangan senaman peribadi anda
Percubaan mencuri masa untuk bersenam mungkin amat mencabar, terutamanya jika anda seorang yang ‘gila kerja’. Bersenam di pejabat juga mungkin mustahil, tetapi jika hendak seribu daya, pasti ada caranya untuk anda kekal cergas. Apa yang perlu hanyalah sedikit pengurusan dan juga inspirasi agar dapatlah anda selitkan sedikit aktiviti cergas yang mampu buat tubuh anda kekal bertenaga.

Mungkin anda sudah mengetahui beberapa cara bijak untuk kekal aktif di tempat kerja. Contohnya menaiki anak tangga berbanding lif ataupun eskalator apabila boleh, serta meletak kenderaan jauh daripada pintu masuk dan berjalan di sekeliling pejabat merupakan beberapa cara yang bagus untuk bermula. Selain daripada itu, kami ada beberapa cadangan untuk membuatkan anda kekal aktif:
  • Duduk di atas bola senaman dan bukannya kerusi. Ini membantu menguatkan abdomen dan bahagian belakang anda serta membetulkan postur badan tanpa perlu bersusah payah.
  • Tetapkan jam agar ia berdering setiap jam untuk mengingatkan anda berdiri dan bergerak. Walaupun sekadar mendepakan tangan ataupun menarik nafas panjang, anda akan rasa lebih cerdas.
  • Gunakan tandas di tingkat yang lain. Untuk ke tandas, gunakanlah tangga.
  • Gunakan pedometer dan rekodkan berapa langkah yang telah diambil. Sasarkan 10,000 langkah setiap hari.
  • Hantar sendiri dokumen atau pesanan pada rakan sekerja berbanding menerusi e-mel ataupun telefon.
  • Pergi makan tengahari di kompleks membeli belah dan letak kereta di hujung medan selera. Oh, jangan lupa membeli makanan yang sihat ya!
  • Dapatkan headset untuk telefon agar anda bergerak semasa bercakap.
Mungkin organisasi anda masih belum peka yang pekerjanya akan jadi lebih produktif dengan adanya sedikit senaman. Jika boleh, galakkan pengurusan anda untuk:
  • Berusaha sama dengan gim berdekatan untuk memberikan diskaun keahlian untuk pekerja.
  • Menganjurkan sesi yoga, pilates, senam aerobik dan senaman kardio
  • Menetapkan aktiviti berjalan semasa makan tengahari atau selepas kerja
  • Berikan lebih masa rehat di waktu siang untuk anda melakukan aktiviti jalan cepat
  • Tunjukkan contoh yang baik, ia akan mempengaruhi pekerja lain.
Sentiasa berfikiran positif juga penting. Jadilah lebih kreatif. Ingat, sebarang pergerakan lebih baik berbanding tiada pergerakan langsung. Dengan menyelitkan senaman ringan pada masa-masa tertentu sepanjang hari akan membantu anda membakar kalori serta mengurangkan stres. Senaman yang berterusan akan memberikan kesan positif ke atas kesihatan fizikal dan mental serta untuk jangka masa panjang, senaman yang kerap pastinya memberikan pulangan yang tidak ternilai.





INFO KESIHATAN MEI 2014

PEMAKANAN YANG SIHAT




INFO KESIHATAN APRIL 2014

Cara Mengawal Stres

 


Peka dengan kesakitan pada tubuh

Utusan Malaysia
Jumaat, 06/12/2013
Peka dengan kesakitan pada tubuh
Oleh SITI AISHAH YUSOFF

MASALAH mata, resdung dan saraf bukanlah penyakit yang perlu diambil mudah. Malah, menyedari kesakitan dan mencari rawatan berkesan dapat membantu mengubati penyakit ini.
Jika anda pernah mengalami kebas-kebas kaki dan tangan, lenguh pada bahagian badan yang berlaku dalam tempoh yang sekejap mahupun berlarutan sehingga beberapa hari, sudah cukup menimbulkan perasaan kurang senang pada diri anda.
Dalam usaha membantu orang ramai merawat ketiga-tiga masalah tersebut, Al Ansar Health mempunyai rawatan alternatif untuk mengurangkan masalah berkenaan dalam waktu yang cepat dan berkesan.
Penasihat Pusat Terapi Al Ansar Health, Adnan Abdul Wahab berkata, seseorang yang sering menanggung kesakitan akibat kebas pada bahagian tertentu pada badan bukanlah perkara biasa.
"Kebas perlu dirawat dengan segera. Rasa sakit akibat kebas merupakan petanda seseorang mempunyai penyakit saraf. Jika rasa kebas tidak dirawat dan dibiarkan berlarutan ditakuti akan memudaratkan kesihatan.
"Sehingga sampai satu tahap, jika rasa kebas yang dialami pesakit tidak dirawat akan mengundang bahaya kerana boleh menyebabkan darah beku pada bahagian otak.
"Walaupun ada antara kita mengalami situasi demikian, namun kita jarang memikirkan rasa kebas sebagai suatu tanda penyakit, malah kita menganggap keadaan ini pernah dialami oleh setiap orang," jelas Adnan.
Tambah Adnan, pelanggan yang mempunyai masalah saraf akan melalui proses rawatan fisioterapi dengan ahli terapi yang berpengalaman dan berkemahiran di pusatnya.
"Kaedah menggunakan urutan saraf magnetik aura bersama-sama minyak terapi mujarab akan digunakan pada bahagian badan yang sakit dan kebas.
"Urutan untuk masalah saraf bertujuan melancarkan kembali darah dan sel dalam badan supaya kembali cergas dan sihat bertenaga. Alhamdulilllah selepas menjalani urutan di sini, didapati pesakit boleh kembali tersenyum kerana bahagian kebas dan lenguh kembali baik.
" Contohnya, terdapat pesakit yang tidak boleh mengangkat tangan akibat masalah urat, namun selepas menerima rawatan di sini tangannya kembali elok dan boleh angkat selepas diurut," katanya.
Ujar Adnan lagi, masalah resdung juga tidak perlu dipandang enteng oleh individu yang menghidapnya. Resdung yang teruk jika tidak dirawat akan menjejaskan kesihatan dan mendatangkan kesakitan yang berlarutan.
"Antara tanda-tanda seseorang mempunyai masalah resdung yang perlu dirawat dengan segera adalah sentiasa gatal pada bahagian muka dan telinga, kerap bersin, rambut gugur dan sakit kepala," kata Adnan.
Sebahagian individu katanya, menganggap sakit kepala adalah disebabkan ‘migrain’, tetapi sebenarnya sakit ini terjadi kerana dalam rongga muka tersimpan banyak lendir.
"Untuk rawatan resdung, Al Ansar Health menyediakan rawatan pemeriksaan secara percuma kepada pelanggan. Seterusnya rawatan akan dilakukan jika keadaan memerlukan bergantung kepada masalah resdung yang dihidapi pesakit.
"Semasa melakukan rawatan, ibu resdung akan ditarik keluar dari hidung. Selepas proses ini selesai dilakukan pesakit akan rasa kepala lebih ringan , nafas lebih baik dan mata kembali jelas dan tenang," ujarnya.
Beliau menambah, punca seseorang mempunyai masalah resdung adalah melalui pengambilan makan yang berjeruk seperti, belacan dan budu, persekitaran yang tidak bersih dan juga faktor genetik.
Sementara itu, Adnan juga mengulas bahawa lebih 90 peratus dalam kalangan kita akan mempunyai masalah mata dalam tempoh waktu tertentu.
"Masalah mata terjadi akibat mata tidak mempunyai rehat yang cukup, air mata yang tersumbat dan juga saluran darah di sekeliling mata tidak berjalan dengan lancar.
"Terapi mata percuma selama 15 minit dan juga tip rawatan mata percuma disediakan di pusat rawatan kami kepada pelanggan yang berkunjung ke sini," katanya.
Pusat Terapi Al Ansar Health dan cawangannya yang terdapat di seluruh negara diterajui oleh dua orang pengasas yang hebat turut mengalu-alukan kepada orang ramai yang ingin menjadi francais. Sebarang maklumat lanjut mengenai Pusat Terapi Al Ansar Health boleh hubungi di talian 03-89263575 atau layari www.alansari.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AUDIT DALAM 5S SPPP BIL 2/2019

TARIKH TEMPAT AUDIT   2 JULAI 2019 (SELASA)   ZON A, B, C ,D & JAWATANKUASA PEMANDU (PEJABAT SPPP, SPCT) ...