Khamis, 9 Mei 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU BIL 2/2013

Pada 9 Mei 2013, satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu telah diadakan di Weld Quay A, SPCT.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penyelaras 5S SPPP iaitu Encik Jamaluddin Ahmad.
Mesyuarat bertujuan membentangkan hasil pengauditan dalaman 5S yang telah diadakan pada 2 Mei 2013 dan perbincangan akhir sebelum proses pengauditan pensijilan semula 5S daripada MPC yang dijangkakan akan diadakan pada 15 Mei 2013.




KEPUTUSAN AUDIT DALAM 5S

Satu Audit Dalaman 5S telah diadakan oleh Jawatankuasa Audit 5S pada 2 Mei 2013. Berikut adalah keputusan hasil daripada audit yang dijalankan.



Selasa, 16 April 2013

LAWATAN KERJA KE JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA IPOH PERAK

Pada 15 April 2013, Bahagian Khidmat Pengurusan SPPP telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak di Bangunan Sri Perak, Ipoh.

Lawatan bertujuan berkongsi pandangan dan pengalaman antara kedua-dua agensi dalam pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.






Jumaat, 12 April 2013

LAWATAN KERJA 5S KE JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) akan mengadakan satu lawatan kerja 5S ke Jabatan Perancangan Bandar & Desa Perak pada 15 April 2013.

Berikut adalah pergerakan bas pada hari tersebut:

8.00 pagi di Bangunan SPCT
8.30 pagi di Bangunan NB Tower.

Khamis, 11 April 2013

JOM GOTONG ROYONG



SPPP AKAN MELAKSANAKAN PROGRAM GOTONG-ROYONG AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:
 
Tarikh   : 17 & 19 April 2013
Masa     : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Pejabat SPCT
 


TARIKH AKTIVITI JAWATANKUASA AUDIT 5S SPPP

Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Audit 5S SPPP yang telah diadakan pada 10 April 2013, berikut adalah tarikh penting yang telah diputuskan:

  • 25 April 2013                              - Pengauditan 5S oleh Jawatankuasa Audit SPPP
  • 26 April 2013                              - Closing Meeting
  • 26 April 2013 - 3 Mei 2013         - Tindakan Pembetulan Teguran Audit
  • 3 Mei 2013                                  - Rumusan dari Tindakan Pembetulan
  • 7 Mei 2013                                  - Pembentangan Keputusan Audit 5S kepada J/kuasa Pemandu
  • 10 - 15 Mei 2013                         - Cadagan Audit Pensijilan 5S dari MPC

PENSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN 5S

 
HASIL DARIPADA KERJASAMA DAN KOMITMEN YANG DITUNJUKKAN OLEH SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN SPPP, SPPP TELAH DIANUGERAHKAN PENSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S DARIPADA PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) BAGI TEMPOH 16 MEI 2012 SEHINGGA 15 MAY 2013.
 
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TELAH DIADAKAN PADA 29 MEI 2012 DIMANA SIJIL TERSEBUT TELAH DISAMPAIKAN OLEH Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Utara, Pn Hajjah Sarimah bt Misman KEPADA Dato Seri Dr Chua Soi Lek, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
 
 


AKTIVITI 5S SPPP

AKTIVITI PELAKSANAAN 5S
 



LOGO AMALAN PERSEKITARAN 5S SPPP

DEFINISI LOGO
 
Tulisan 5S
Seiri-Seiton-Seiso-Seiketsu-Shitsuke

Bermaksud Amalan yang diamalkan oleh warga SPPP untuk memastikan persekitaran kerja sentiasa kemas dan selamat.
 
Bulatan Biru
Bermaksud Perpaduan yang dicapai oleh semua warga SPPP untuk memastikan Amalan 5S diamalkan secara menyeluruh.
 
Bulatan dengan tulisan
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
Bermaksud SPPP sentiasa menyokong pelaksanaan Amalan Persekitaran 5S diamalkan di SPPP

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024

  MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024 17 Januari 2024 :Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu 5S SPPP Bil. 1/2024  telah diadakan d B...