Mungkin anda sudah mengetahui beberapa cara bijak untuk kekal aktif di tempat kerja. Contohnya menaiki anak tangga berbanding lif ataupun eskalator apabila boleh, serta meletak kenderaan jauh daripada pintu masuk dan berjalan di sekeliling pejabat merupakan beberapa cara yang bagus untuk bermula. Selain daripada itu, kami ada beberapa cadangan untuk membuatkan anda kekal aktif:
- Duduk di atas bola senaman dan bukannya kerusi. Ini membantu menguatkan abdomen dan bahagian belakang anda serta membetulkan postur badan tanpa perlu bersusah payah.
- Tetapkan jam agar ia berdering setiap jam untuk mengingatkan anda berdiri dan bergerak. Walaupun sekadar mendepakan tangan ataupun menarik nafas panjang, anda akan rasa lebih cerdas.
- Gunakan tandas di tingkat yang lain. Untuk ke tandas, gunakanlah tangga.
- Gunakan pedometer dan rekodkan berapa langkah yang telah diambil. Sasarkan 10,000 langkah setiap hari.
- Hantar sendiri dokumen atau pesanan pada rakan sekerja berbanding menerusi e-mel ataupun telefon.
- Pergi makan tengahari di kompleks membeli belah dan letak kereta di hujung medan selera. Oh, jangan lupa membeli makanan yang sihat ya!
- Dapatkan headset untuk telefon agar anda bergerak semasa bercakap.
- Berusaha sama dengan gim berdekatan untuk memberikan diskaun keahlian untuk pekerja.
- Menganjurkan sesi yoga, pilates, senam aerobik dan senaman kardio
- Menetapkan aktiviti berjalan semasa makan tengahari atau selepas kerja
- Berikan lebih masa rehat di waktu siang untuk anda melakukan aktiviti jalan cepat
- Tunjukkan contoh yang baik, ia akan mempengaruhi pekerja lain.
INFO KESIHATAN MEI 2014
PEMAKANAN YANG SIHAT
INFO KESIHATAN APRIL 2014
Cara Mengawal Stres
Peka dengan kesakitan pada tubuh
Utusan Malaysia
Jumaat, 06/12/2013
Peka dengan kesakitan pada tubuh
Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Oleh SITI AISHAH YUSOFF
MASALAH mata, resdung dan saraf bukanlah penyakit yang perlu diambil mudah. Malah, menyedari kesakitan dan mencari rawatan berkesan dapat membantu mengubati penyakit ini.
Jika anda pernah mengalami kebas-kebas kaki dan tangan, lenguh pada bahagian badan yang berlaku dalam tempoh yang sekejap mahupun berlarutan sehingga beberapa hari, sudah cukup menimbulkan perasaan kurang senang pada diri anda.
Dalam usaha membantu orang ramai merawat ketiga-tiga masalah tersebut, Al Ansar Health mempunyai rawatan alternatif untuk mengurangkan masalah berkenaan dalam waktu yang cepat dan berkesan.
Penasihat Pusat Terapi Al Ansar Health, Adnan Abdul Wahab berkata, seseorang yang sering menanggung kesakitan akibat kebas pada bahagian tertentu pada badan bukanlah perkara biasa.
"Kebas perlu dirawat dengan segera. Rasa sakit akibat kebas merupakan petanda seseorang mempunyai penyakit saraf. Jika rasa kebas tidak dirawat dan dibiarkan berlarutan ditakuti akan memudaratkan kesihatan.
"Sehingga sampai satu tahap, jika rasa kebas yang dialami pesakit tidak dirawat akan mengundang bahaya kerana boleh menyebabkan darah beku pada bahagian otak.
"Walaupun ada antara kita mengalami situasi demikian, namun kita jarang memikirkan rasa kebas sebagai suatu tanda penyakit, malah kita menganggap keadaan ini pernah dialami oleh setiap orang," jelas Adnan.
Tambah Adnan, pelanggan yang mempunyai masalah saraf akan melalui proses rawatan fisioterapi dengan ahli terapi yang berpengalaman dan berkemahiran di pusatnya.
"Kaedah menggunakan urutan saraf magnetik aura bersama-sama minyak terapi mujarab akan digunakan pada bahagian badan yang sakit dan kebas.
"Urutan untuk masalah saraf bertujuan melancarkan kembali darah dan sel dalam badan supaya kembali cergas dan sihat bertenaga. Alhamdulilllah selepas menjalani urutan di sini, didapati pesakit boleh kembali tersenyum kerana bahagian kebas dan lenguh kembali baik.
" Contohnya, terdapat pesakit yang tidak boleh mengangkat tangan akibat masalah urat, namun selepas menerima rawatan di sini tangannya kembali elok dan boleh angkat selepas diurut," katanya.
Ujar Adnan lagi, masalah resdung juga tidak perlu dipandang enteng oleh individu yang menghidapnya. Resdung yang teruk jika tidak dirawat akan menjejaskan kesihatan dan mendatangkan kesakitan yang berlarutan.
"Antara tanda-tanda seseorang mempunyai masalah resdung yang perlu dirawat dengan segera adalah sentiasa gatal pada bahagian muka dan telinga, kerap bersin, rambut gugur dan sakit kepala," kata Adnan.
Sebahagian individu katanya, menganggap sakit kepala adalah disebabkan âmigrainâ, tetapi sebenarnya sakit ini terjadi kerana dalam rongga muka tersimpan banyak lendir.
"Untuk rawatan resdung, Al Ansar Health menyediakan rawatan pemeriksaan secara percuma kepada pelanggan. Seterusnya rawatan akan dilakukan jika keadaan memerlukan bergantung kepada masalah resdung yang dihidapi pesakit.
"Semasa melakukan rawatan, ibu resdung akan ditarik keluar dari hidung. Selepas proses ini selesai dilakukan pesakit akan rasa kepala lebih ringan , nafas lebih baik dan mata kembali jelas dan tenang," ujarnya.
Beliau menambah, punca seseorang mempunyai masalah resdung adalah melalui pengambilan makan yang berjeruk seperti, belacan dan budu, persekitaran yang tidak bersih dan juga faktor genetik.
Sementara itu, Adnan juga mengulas bahawa lebih 90 peratus dalam kalangan kita akan mempunyai masalah mata dalam tempoh waktu tertentu.
"Masalah mata terjadi akibat mata tidak mempunyai rehat yang cukup, air mata yang tersumbat dan juga saluran darah di sekeliling mata tidak berjalan dengan lancar.
"Terapi mata percuma selama 15 minit dan juga tip rawatan mata percuma disediakan di pusat rawatan kami kepada pelanggan yang berkunjung ke sini," katanya.
Pusat Terapi Al Ansar Health dan cawangannya yang terdapat di seluruh negara diterajui oleh dua orang pengasas yang hebat turut mengalu-alukan kepada orang ramai yang ingin menjadi francais. Sebarang maklumat lanjut mengenai Pusat Terapi Al Ansar Health boleh hubungi di talian 03-89263575 atau layari www.alansari.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan