Jumaat, 28 Oktober 2022

LAWATAN BENCHMARKING 5S SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KE LEMBAGA PELABUHAN KUCHING DAN DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah mengadakan lawatan kerja ke dua buah organisasi di daerah Kuching iaitu Lembaga Pelabuhan Kuching (LPK) pada hari pertama dan juga Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada hari kedua.

Pada hari pertama, 23 orang delegasi SPPP yang diketuai oleh Encik Fauzi bin Che Leh telah disambut mesra oleh Pengurus Besar, Encik Robert Lau Hong Thiam di Pending Terminal, Lembaga Pelabuhan Kuching dan seterusnya diberi taklimat mengenai pengurusan dan pengoperasian di LPK. Sesi taklimat tersebut dilihat sebagai satu sesi yang bermanfaat oleh kerana pelbagai maklumat baru yang dikongsikan oleh LPK memandangkan LPK merupakan sebuah Pihak Berkuasa Pelabuhan di bawah Kerajaan Negeri Sarawak, berbeza dengan SPPP. Lawatan tersebut diakhiri dengan makan tengah hari yang disediakan oleh pihak LPK.
Pada hari kedua, delegasi SPPP telah melawat DBKU dan lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat oleh Encik Sharul bin Sulaiman, Ketua Bahagian Perhubungan Awam DBKU. Pihak DBKU juga membawa delegasi SPPP untuk melawat Muzium Kucing dan GaleriKu yang mana ia juga berada dalam bangunan DBKU.

LAWATAN KE LEMBAGA PELABUHAN KUCHING








LAWATAN KE DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU)








LAWATAN BENCHMARKING 5S SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KE LEMBAGA PELABUHAN KUCHING DAN DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA Suruhanja ya Pela...