Selasa, 20 Februari 2024

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024




 




MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024

17 Januari 2024 :Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu 5S SPPP Bil. 1/2024  telah diadakan d Bilik Mesyuarat Selat Utara SPPP. Mesyuarat pertama bagi sesi 2024 diadakan bertujuan untuk menyelaras perancangan dan jadual aktiviti tahunan setiap jawatankuasa kecil dan zon masing-masing. Pengerusi juga memohon komitmen berterusan daripada setiap jawatankuasa dan ketua-ketua zon dalam memastikan momentum pelaksanaan 5S di SPPP dikekalkan. 

 


h.


Rabu, 17 Januari 2024

PERSIJILAN SEMULA 5S SPPP 17 OKTOBER 2023 SEHINGGA 16 OKTOBER 2024


 Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah menerima persijilan 5S dari MPC di mana tempoh sahnya adalah mulai 17 Oktober 2023 hingga 16 Oktober 2024. Bagi persijilan pada kali ini SPPP telah memperolehi markah sebanyak 94%. 

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan pelaksanaan 5S di SPPP. Justeru diharapkan amalan budaya 5S akan terus dijadikan budaya dan diamalkan secara berterusan.

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS JAWATANKUASA EKSA INASIS MAS DAN TNB, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG PADA 26 OKTOBER 2023




LAWATAN KERJA PENANDA ARAS JAWATANKUASA EKSA INASIS MAS DAN TNB, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG 

26 OKTOBER 2023-Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah menerima Lawatan Kerja Penanda Aras Jawatankuasa EKSA INASIS MAS dan TNB, Universiti Utara Malaysia pada hari ini 26 Oktober 2023 bertempat di Pejabat SPPP, SPCT. 

Lawatan ini diketuai oleh Encik Muhammad Fauzi bin Che Leh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu 5S di SPPP manakala delegasi pelawat diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah selaku Penaung EKSA INASIS dan TNB, Universiti Utara Malaysia. 

Lawatan ini memfokuskan mengenai perkongsian maklumat dan buah fikiran daripada SPPP sebagai inspirasi dan aspirasi untuk melakukan penambahbaikan dalam perlaksanaan EKSA di INASIS.
___________ 

AUDIT PERSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG 17 OKTOBER 2023




AUDIT PERSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG

17 OKTOBER 2023- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah menjalani proses Audit Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) pada hari ini, 17 Oktober 2023 bertempat di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).
Proses Pengauditan telah dilaksanakan oleh pihak Malaysia Productive Corporation (MPC) yang diwakili oleh Encik Abdul Malek Mohamad Aripin dan Cik Sarah Afiqah Kamaruzaman.
Tujuan utama audit ini adalah bagi memantau pelaksanaan 5S di SPPP. Hasil pengauditan tersebut mendapati bahawa SPPP telah melaksanakan semua aspek-aspek dalam pensijilan tersebut dengan baik dan SPPP telah berjaya memperolehi Pensijilan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) bagi tahun 2023.

Isnin, 18 September 2023

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KAIZEN SPPP BAGI TAHUN 2023

Sejumlah  lima (5) projek Kaizen Utama dan lima belas (15) projek Kaizen “before & after” telah diterima daripada zon masing-masing. Berdasarkan kepada penilaian yang telah dilaksanakan, berikut merupakan keputusan Pertandingan tersebut:-



















SPPP merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang dan warga SPPP yang telah bertungkus lumus menghasilkan projek Kaizen  yang berkualiti dan memberi manfaat. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada semua warga SPPP yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Semoga nilai kreativiti yang ditunjukkan dapat terus menjadi budaya kerja warga SPPP pada setiap masa.


Khamis, 9 Mac 2023

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO 5S SPPP TAHUN 2023



Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Pemandu 5S akan mengadakan Pertandingan Mencipta Logo 5S SPPP bagi tahun 2023.


Syarat dan Terma Pertandingan

·              Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli zon 5S SPPP.

·             Reka bentuk ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak daripada mana mana logo tempatan mahu pun luar negara.

·              Reka bentuk mestilah baharu serta tiada unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.


Spesifikasi Reka Bentuk Logo

·                  Reka bentuk hendaklah dilukis dengan grafik  komputer.

·                 Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4  dalam bentuk cetakan (hardcopy) dan salinan lembut (softcopy) menggunakan format JPEG/PNG atau menggunakan perisian lain yang bersesuaian.

·                 Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas. Logo yang dihasilkan harus mencerminkan konsep 5S dan juga identiti SPPP.

·                 Setiap warna dan bentuk yang digunakan dalam rekaan logo hendaklah disertakan dengan definisi bagi setiap simbol atau warna yang digunakan.


Tempoh dan Tentatif Tarikh Pelaksanaan 

           Tempoh pertadingan ialah bermula daripada 6 Mac 2023 hingga 10 April 2023.

Penyertaan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Promosi 5S seperti di bawah beserta dengan butiran lengkap maklumat peserta selewat-lewatnya pada 10 April 2023.

 

Penyertaan dikemukakan kepada :-    Mohammad Firdaus Bin Marzukhi                                                                                  (Jawatankuasa Promosi 5S) mohdfirdaus@penangport.gov.my





HEBAHAN AUDIT DALAMAN 5S DAN AUDIT JAWATANKUASA KESELAMATAN KESIHATAN BIL.1/2023

 



KEPUTUSAN PERTANDINGAN INOVASI MENGGUNAKAN ASET ALIH YANG INGIN DILUPUSKAN SPPP PADA TAHUN 2022

 


Tahniah diucapkan atas Zon 5S Tuan/ Puan yang telah berjaya dalam Pertandingan Inovasi untuk tahun 2022 
































Jumaat, 28 Oktober 2022

LAWATAN BENCHMARKING 5S SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KE LEMBAGA PELABUHAN KUCHING DAN DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah mengadakan lawatan kerja ke dua buah organisasi di daerah Kuching iaitu Lembaga Pelabuhan Kuching (LPK) pada hari pertama dan juga Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada hari kedua.

Pada hari pertama, 23 orang delegasi SPPP yang diketuai oleh Encik Fauzi bin Che Leh telah disambut mesra oleh Pengurus Besar, Encik Robert Lau Hong Thiam di Pending Terminal, Lembaga Pelabuhan Kuching dan seterusnya diberi taklimat mengenai pengurusan dan pengoperasian di LPK. Sesi taklimat tersebut dilihat sebagai satu sesi yang bermanfaat oleh kerana pelbagai maklumat baru yang dikongsikan oleh LPK memandangkan LPK merupakan sebuah Pihak Berkuasa Pelabuhan di bawah Kerajaan Negeri Sarawak, berbeza dengan SPPP. Lawatan tersebut diakhiri dengan makan tengah hari yang disediakan oleh pihak LPK.
Pada hari kedua, delegasi SPPP telah melawat DBKU dan lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat oleh Encik Sharul bin Sulaiman, Ketua Bahagian Perhubungan Awam DBKU. Pihak DBKU juga membawa delegasi SPPP untuk melawat Muzium Kucing dan GaleriKu yang mana ia juga berada dalam bangunan DBKU.

LAWATAN KE LEMBAGA PELABUHAN KUCHING








LAWATAN KE DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU)








Rabu, 14 September 2022


AUDIT PENSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S)


 Audit Pensijilan Berkualiti (QE/5S) akan diadakan oleh MPC pada ketetapan berikut:-










 Jawatankuasa Audit telah melaksanakan Audit Dalaman Bil. 3/2022 pada 5 hingga

9 September 2022.


Keputusan Audit Dalam 5S Bil.3/2022



Isnin, 29 Ogos 2022

LAWATAN BENCHMARKING 5S LEMBAGA PELABUHAN-PELABUHAN SABAH (LPPS) DAN MARKAS 5 DIVISYEN INFANTRI


Rombongan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) yang terdiri daripada 27 orang pegawai dan kakitangan telah mengadakan lawatan kerja ke LPPS pada 18 Ogos 2022.
Pegawai dan kakitangan SPPP juga turut melawat Markas 5 Divisyen Infantri pada 19 Ogos 2022 dan diberi pembentangan projek-projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang telah dilaksanakan oleh Kelab Inovasi 5 Divisyen.









MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024

  MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024 17 Januari 2024 :Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu 5S SPPP Bil. 1/2024  telah diadakan d B...