Unit Kepolisan Pelabuhan, Kebombaan & Keselamatan SPPP telah
bekerjasama dengan Penang Port Sdn Bhd mengadakan latihan pengungsian
bangunan dan kebakaran pada 1 September 2015.
Latihan ini
bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang bagaimana tatacara
pengungsian bangunan bagi memastikan setiap pegawai, kakitangan dan
penghuni yang berada dalam bangunan SPCT mengetahui tindakan yang perlu
diambil sekiranya berlaku kecemasan.
Latihan ini telah
dilaksanakan secara serentak di bangunan Swettenham Pier Cruise Terminal
dan bangunan Ibupejabat Penang Port Sdn Bhd dengan melibatkan situasi
bencana gempa bumi dan kebakaran.
Jumaat, 4 September 2015
ANUGERAH EMAS - KONVENSYEN TEAM EXCELLENT MPC WILAYAH UTARA 2015
SPPP telah menyertai Konvensyen Team Excellent 2015 peringkat wilayah Utara pada 19 - 20 Ogos 2015 di Pulau Langkawi.
1 Kumpulan KIK dan 1 Kumpulan 5S telah mewakili SPPP ke konvensyen tersebut. Kumpulan POLARIS mewakili SPPP dalam kategori KIK dan Kumpulan T&T mewakili SPPP dalam kategori 5S. Kedua-dua kumpulan telah memenangi Anugerah Emas di Konvensyen tersebut.
1 Kumpulan KIK dan 1 Kumpulan 5S telah mewakili SPPP ke konvensyen tersebut. Kumpulan POLARIS mewakili SPPP dalam kategori KIK dan Kumpulan T&T mewakili SPPP dalam kategori 5S. Kedua-dua kumpulan telah memenangi Anugerah Emas di Konvensyen tersebut.
Khamis, 25 Jun 2015
TAHNIAH!!!! PENSIJILAN SEMULA 5S MPC
Sukacita dimaklumkan SPPP telah menerima persijilan 5S dari MPC
di mana tempoh sahnya adalah mulai 15 Mei 2015 hingga 14 Mei 2016. Bagi
persijilan pada kali ini SPPP telah memperolehi markah sebanyak
91.5%. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah memberikan
kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan 5S di SPPP. Adalah diharapkan amalan
budaya 5S akan dilaksanakan secara berterusan.
Khamis, 28 Mei 2015
Lawatan Universiti Utara Malaysia ke SPPP
SPPP telah menerima lawatan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 26 Mei 2015 (Selasa).
Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman dari SPPP yang telah mendapat pesijilan 5S.
Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman dari SPPP yang telah mendapat pesijilan 5S.
Audit Persijilan Semula 5S daripada MPC
Pengauditan bagi persijilan semula 5S telah diadakan pada 15 Mei 2015 (Jumaat) di Pejabat SPPP dan juga Pejabat SPPP di NB Tower.
Rabu, 13 Mei 2015
Audit Persijilan Semula 5S daripada MPC
08:00 pagi - 10:00 pagi
- Pejabat SPPP di NB Tower
10:00 pagi - 12:00 tengahari -
Pejabat SPPP di SPCT
Sehubungan dengan itu, semua pegawai dan kakitangan SPPP diminta memastikan tempat
kerja berada dalam keadaan kemas serta tersusun dan segala teguran pra audit
telah diambil tindakan.
Tuan/Puan juga adalah diminta berada di workstation masing-masing
sepanjang tempoh pengauditan bagi memudahkan kerja-kerja pengauditan.
SESI PRA AUDIT PENSIJILAN SEMULA 5S SPPP
Sesi Pra Audit Pensijilan Semula 5S SPPP telah diadakan pada 5 Mei 2015 di pejabat SPPP di NB Tower dan SPCT. Pra Audit ini telah dijalankan oleh Encik Josffa bin Ismail daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024 17 Januari 2024 :Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu 5S SPPP Bil. 1/2024 telah diadakan d B...
-
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024 17 Januari 2024 :Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu 5S SPPP Bil. 1/2024 telah diadakan d B...
-
Dimaklumkan Audit Persijilan Semula 5S daripada MPC akan diadakan pada 15 Mei 2015 (Jumaat) seperti berikut: 08:00 pagi - 10:00 pag...





