Jumaat, 6 Mei 2016

Laporan Jawatankuasa Audit 5S (Audit Pertama)

SPPP telah mengadakan Pengauditan Pertama 5S seperti berikut :








Klik di sini untuk laporan penuh : Laporan Jawatankuasa Audit 5S (Audit Pertama)

Konvensyen KIK Peringkat Agensi-Agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia

SPPP telah menyertai Konvensyen KIK Peringkat Agensi-Agensi  di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 21-22 Disember 2015 di Pullman Hotel, Putrajaya.

Tahniah di 
atas kejayaan Kumpulan KIK (POLARIS) yang telah merangkul tempat ke-3 mewakili SPPP ke konvensyen tersebut. 

Jumaat, 27 November 2015

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE KEBANGSAAN 2015

SPPP telah menyertai Konvensyen Team Excellent 2015 peringkat kebangsaan pada 2-4 November 2015 di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC).

Tahniah kepada Kumpulan KIK (
POLARIS)  mendapat Anugerah Emas (3 Bintang) dan Anugerah Emas (2 Bintang) kepada Kumpulan 5S (T&T) yang mewakili SPPP ke konvensyen tersebut. 



Jumaat, 4 September 2015

Kursus Pengenalan Green 5S ke Arah Penjagaan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Tenaga di SPPP



Kursus Pengenalan Green 5S ke Arah Penjagaan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Tenaga di SPPP telah diadakan pada 3 September 2015.

Kursus pengenalan kepada amalan Green 5S dijalankan bagi membantu pegawai dan kakitangan memahami dengan lebih mendalam agar Green 5S dapat dilaksanakan. Green 5S ini dapat meningkatkan kualiti kerja, persekitaran kerja, serta semangat berpasukan dalam melakukan pekerjaan. 





LATIHAN PENGUNGSIAN DI SPCT DAN BANGUNAN PEJ PPSB

Unit Kepolisan Pelabuhan, Kebombaan & Keselamatan SPPP telah bekerjasama dengan Penang Port Sdn Bhd mengadakan latihan pengungsian bangunan dan kebakaran pada 1 September 2015.

Latihan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang bagaimana tatacara pengungsian bangunan bagi memastikan setiap pegawai, kakitangan dan penghuni yang berada dalam bangunan SPCT mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.







Latihan ini telah dilaksanakan secara serentak di bangunan Swettenham Pier Cruise Terminal dan bangunan Ibupejabat Penang Port Sdn Bhd dengan melibatkan situasi bencana gempa bumi dan kebakaran.

ANUGERAH EMAS - KONVENSYEN TEAM EXCELLENT MPC WILAYAH UTARA 2015

SPPP telah menyertai Konvensyen Team Excellent 2015 peringkat wilayah Utara pada 19 - 20 Ogos 2015 di Pulau Langkawi.

1 Kumpulan KIK dan 1 Kumpulan 5S telah mewakili SPPP ke konvensyen tersebut. Kumpulan POLARIS mewakili SPPP dalam kategori KIK dan Kumpulan T&T mewakili SPPP dalam kategori 5S. Kedua-dua kumpulan telah memenangi Anugerah Emas di Konvensyen tersebut.

 
 





Khamis, 25 Jun 2015

TAHNIAH!!!! PENSIJILAN SEMULA 5S MPC



Sukacita dimaklumkan SPPP telah menerima persijilan 5S dari MPC di mana tempoh sahnya adalah mulai 15 Mei 2015 hingga 14 Mei 2016. Bagi persijilan pada kali ini SPPP telah memperolehi markah sebanyak 91.5%. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan 5S di SPPP. Adalah diharapkan amalan budaya 5S akan dilaksanakan secara berterusan.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024

  MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024 17 Januari 2024 :Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu 5S SPPP Bil. 1/2024  telah diadakan d B...