Jumaat, 13 Julai 2018

CABARAN FITNESS UNTUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN SPPP


SPPP telah mengadakan cabaran fitness ini untuk disertai oleh semua pegawai/kakitangan pada bulan Jun 2018. Tempoh cabaran adalah mulai 4 Jun 2018 hingga 31 Julai 2018. Untuk sesiapa yang mencapai penurunan body fat yang paling banyak akan menjadi johan.

Hadiah cabaran fitness adalah seperti berikut:

Johan                                  -             RM150.00 tunai (seorang pemenang sahaja)
Tempat ke-2                       -             RM100.00 tunai (seorang pemenang sahaja)
Tempat ke-3                       -             RM75.00 tunai (seorang pemenang sahaja)
Tempat ke-4 hingga ke-10 -             RM50.00 seorang (tujuh orang pemenang)

Ahli Jawatankuasa Promosi 5S akan menimbang berat badan dan body fat (%) peserta pada 4 Jun 2018. Selepas itu, mereka yang menyertai cabaran ini perlu mengambil inisiatif sendiri untuk bersenam pada waktu bukan bertugas dan mengawal cara pemakanan masing-masing demi menurunkan body fat.

Ahli Jawatankuasa Promosi 5S akan menimbang semula berat badan dan body fat (%) peserta pada 31 Julai 2018. Maklumat berkenaan akan dihantar kepada Pengurus Besar sebagai juri cabaran fitness untuk menentukan kemenangan. Keputusan juri adalah muktamad.

Untuk mereka yang mencapai penurunan body fat (%) yang sama, maka penentuan kemenangan boleh ditentukan dengan penurunan berat badan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024

  MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU 5S SPPP BIL. 1/2024 17 Januari 2024 :Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu 5S SPPP Bil. 1/2024  telah diadakan d B...